Sunday 11 September 2011

sukan bola baling

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark, Czekoslovakia, Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor.
Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
PERATURAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seseorang pemain dibenarkan :
(a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya;
(b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran;
(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana tempat balingan dilakukan.

No comments:

Post a Comment