Monday 22 August 2011

SUKAN BOLA TAMPAR


Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan . Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

Penyediaan Badan Untuk Permainan

PERMAINAN BOLA TAMPAR
Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan ( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig) dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan yang baik.
Permainan Bola Tampar / peraturan
Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi, dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah 9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan 50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm.
Menyediakan badan untuk permainan
Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan.
Latihan untuk mengerakkan peredaran darah
1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling gelanggang.
Latihan Fleksibeliti
Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7 saat.


Pengalaman saya dalam bidang bola tampar:-
Bermula tahun 2007 saya telah berkecipung dalam bidang bola tampar dengan tunjuk ajar seorang jurulatih yang berpengalaman, berpengetahuan jauh berkaliber iaitu Zakaria bin Husin. Dengan bimbangan beliau selama 3 bulan saya telah menjadi seorang pemain yang terbaik di peringkat majlis sukan sekolah Kelantan (B15). Sejak itulah,saya mengambil kesempatan untuk bergiat aktif dalam bidang bola tampar dan meninggalkan bidang yang saya ceburi sejak kecil lagi iaitu bola sepak.
  Pada tahun 2008,detik manis saya telah dapat dicapai iaitu berjaya mewakili Kelantan dalam kejohanan MSSM. Dalam kontijen tersebut saya merupakan satu2nya pemain paling muda daripda 12 orang pemain. Pada tahun 2009, Alhamdulillah pasukan Kelantan mencipta sejarah buat kali pertama melangkah ke separuh akhir dalam kejohanan bola tampar remaja Malaysia U16...
  Insyallah,semasa di UPSI,saya akan menaikkan nama UPSI dalam bidang sukan ini seperti yang telah saya buktikan dalam MASUM 2011 baru-baru ini .(pingat perak)....